Hari ini “DIA” dituduh lagi….
Dituduh oleh BANGSANYA SENDIRI…..
Dituduh kononnya “DIA” adalah segala puncanya…
“DIA” dituduh penyebab kepada kenaikan harga barang…
“DIA” dituduh penyebab kepada kenaikan harga minyak…
“DIA” dituduh penyebab kepada kenaikan harga tarif elektrik…
“DIA” dituduh penyebab kepada wujudnya Demokrasi-Demokrasi Jalanan…
Mereka-Mereka semua menunding jari kearah “DIA” dengan tanpa rasa malu…
Tapi tidak pernahkah terfikir dibenak pemikiran Mereka-Mereka semua….
Tanpa “DIA” dimana KITA pada hari ini…
Tidakkah Mereka-Mereka semua mensyukuri dengan apa yang ada??
Tidakkah Mereka-Mereka bersyukur kerana “DIA” anak-anak mereka dapat bantuan persekolahan…
Tidakkah Mereka-Mereka bersyukur Kerana “DIA” keamanan Negara terjamin…
Tidakkah Mereka-Mereka bersyukur Kerana “DIA” kebajikan KITA terjaga…
“DIA” tidak pernah sekali pun mengharapkan supaya “DIA” disanjung seperti orang yang berkuasa atau orang yang agung….
Tapi cukup baginya kalau KITA semua sekadar menghulurkan tangan tanda bersatu KITA bersamanya untuk “DIA” terus kuat menghalang anasir-anasir Negara barat yang ingin mengugat dirgahayu Negara KITA….
Hari ini “DIA” membuktikan “DIA” seorang Lelaki yang Kuat…
Hari ini “DIA” membuktikan “DIA” seorang Suami yang Baik…
Hari ini “DIA” membuktikan “DIA” seorang Ayah yang Bertanggungjawab…
Hari ini “DIA” membuktikan “DIA” seorang Pemimpin yang Berkaliber….
Apabila semua tuduhan yang dilemparkan kepada “DIA” hanya disambut dengan senyuman manis tapi tidak bermakna “DIA” takut dan gentar….
Sebaliknya “DIA” terus bangun dan bangun meneruskan perjuangan “DIA” sebagai perisai keamanan KITA…
“DIA” adalah Idolaku…
“DIA” adalah pejuangku…
“DIA” adalah sumber inspirasiku…
“DIA” adalah segalanya bagiku…
“DIA” adalah seorang yang berkarisma…..
AKU mengucapkan beribuan terima kasih kepadanya kerana setiap janjinya sentiasa “DIA” kotakan….
"DIA"......Wiraku